Salam Dunia Intan Payung

Assalamualaikum.

Selamat datang ke Blog Intan Payung. Blog ini dibina khusus buat anak Papa, si Intan Payung. Insyaallah kami (Papa dan Mama) akan kongsikan perjalanan hidup Intan Payung kami yang penuh cabaran.

Ketika blog ini dibina (2019), usia Intan Payung kami adalah 7 tahun. Tarikh domain intanpayung.com ini didaftarkan adalah hampir dengan kesedaran kami Mama dan Papa tentang kewujudan Intan Payung di dalam rahim Mama. Waktu yang sama juga, arwah adik Papa sedang berada dalam ICU, Hospital Serdang sebelum menghembuskan nafasnya pada 11 Februari 2012.

Papa di blog ini tidak banyak berkongsi cerita, semuanya Mama yang akan kongsikan. Papa di sini hanya sebagai “jurutera” blog ini, memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, sentiasa dikemaskini enjinnya.

Mungkin ada yang perasan, sebut Intan Payung mesti teringat si Ehsan, salah satu watak dalam siri Upin & Ipin. Kami memilih nama Intan Payung ini sempena watak Ehsan yang menjadi salah satu watak kegemaran Intan Payung kami ini.

Baiklah, itu sahaja coretan Papa sebagai intro di sini. Kalau Mama rajin, Mama akan update blog ini.

This entry was posted in Blog Intan Payung. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.